Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Sahabatku, Erdiena.

"Erdiena Syahirah baru kembali kerahmatullah pada jam 4.38 pagi ini" 4 Disember 2017; 6 pagi. Baru dapat berita tentang sahabat perjuangan, Erdiena Syahirah yang baru saja menghembuskan nafas terakhir. Hanya Allah yang tahu perasaannya bila dapat tahu tentang pemergiaannya. Allah lebih menyayangi Dina. Allah yang menyembuhkan. Allah jualah yang berhak mematikan. Ini bahagian dia, Bahagian yang orang kata "setiap kesusahan pasti ada kesenangan" "Ujian ada hikmah" Dan hikmahnya inshaa Allah syurga buatmu Dina. Dina dah bertarung dengan hebatnya. Menahan kesakitan yang bukan kepalang. diselang selikan dengan kalimahNya. Sungguh, jika aku berada di tempatnya. Mungkin aku kerap persoalkan kepada Tuhan. Adakah Tuhan membenciku setelah apa yang aku lalui. Erdiena, Sungguh engkau seorang yang positif. Sentiasa memberi kata kata semangat buat sahabat, jika ada masalah, diri takkan mudah mengalah. Seorang yang taat kepada ajaranNya. 2 minggu ...

Zaman sekarang

Lelaki Tidak Serius. "Awak, awak serius ke nak kahwin dengan saya?" "Kalau ada jodoh, ada la. Kalau tak de nak buat macam mana?" *** Akan ada lelaki yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan sekadar suka-suka dan mengisi kesepian di hati. Tengok semua kawan-kawan dia ada makwe, dia pun nak ada sama. Dah tiga tahun bercinta pun masih tak serius lagi menuju ke alam rumah tangga. Lebih teruk lagi boleh cakap "ada jodoh, kahwin la kita." Perempuan dah sayang kat kau, kau boleh pula cakap kalau ada jodoh ada la. Dah tiga tahun bercinta, kau bagi harapan kat dia, kau ajak dia keluar dating boleh lagi cakap macam tu? Kaum perempuan ni, malas nak start balik. Dia setia je dengan kau, tapi kau buat tak kisah pulak. Kalau kau tak ada niat nak kahwin dengan dia tak payah la nak beri harapan atau ajak dia bercinta dulu. Simple. Dah bercinta lama-lama bila dah rasa boring, mula la nak min...

Moga menjadi kesedihan yang terakhir.

Relung hati lagi kesepian Hitamnya langit di kala malam Terimbau kenangan silam Bikin jiwa meronta kesedihan Kesedihan yang menikam-nikam Memberi pedih hingga ke dasar hati yang terdalam Terhenyak duduk dalam ruangan kesepian Menangisi kenangan yang kian hilang dari ingatan Ingatan yang menzahirkan rindu Sukma sakit dengan bayangan lalu Tiada siapa bisa mengerti apa yang berlaku Biarlah hanya Tuhan yang tahu Tahu Tuhan itu tidak terbatas Tapi mengapa masih rasa manusia lebih pantas Mengetahui setiap inci ceritera kehidupan Berbanding Tuhan yang mencorakkan Mencorakkan secangkir kenangan Yang membahagiakan jiwa Kala malam keseorangan Terbuai dengan segala rasa Rasa yang terpendam Hendak dibiar mati; pilu Hendak dibiar memekar; sayu Lalu dipilih diri Membuang rasa dari lubuk hati Menjadi sekujur jasad tanpa rasa Yang mewarna. M a l a m #KalamSiPemuisi

Jangan mudah jatuh lagi.

Allah tidak akan bawa dia pergi jauh jauh kalau dia adalah yang terbaik buat diri kita. Mungkin, apa yang kita kejarkan untuk diri saat ini boleh mengundang murka Tuhan. Kerana itu -- Allah tarik dia supaya kita tidak terus lalai dengan cinta manusia yang mengecewakan. Sebaliknya, Allah mahu kamu selalu bersama Tuhan, kerana disitulah sinar kebahagiaan yang hakiki tiada sengsara dalam jiwa. Dia pergi -- masih ramai yang setia disisi. Dan Allah akan gantikan yang jauh lebih elok lebih sempurna dari dia yang mungkin hanya elok di mata kita, tapi di mata Tuhan, siapa yang boleh hitung kira bagaimana dengan dirinya ? Usah kecewa lama - lama sebab kita juga layak dan berhak untuk kecapi bahagia bersama insan insan yang masih sudi setia bersama -- sampai hari ini. Lihatlah disisi kamu, siapa yang tak pernah penat berdoa untukmu tanpa jemu. Kalau bukan ibu bapamu, kalau bukan teman temanmu, kalau bukan sahabat-sahabatmu. Kadangkala; kita terlalu mengejar yang depan mata sehingga kita buta...

Serius dengan Tuhan

Ada orang setelah dia dapat menunaikan yang fardhu dan yang sunat secara lahir, Dapat pula meninggalkan maksiat secara lahir di dalam kehidupannya, Dia merasakan bahawa dia telah serius dengan Tuhan. Dia sebenarnya belum serius dengan Tuhan Penciptanya. Orang yang serius dengan Tuhan disertakan sekali sentiasa takut dengan-Nya. Hatinya sentiasa bergelombang dengan kebimbangan Setiap kali selepas mengerjakan ibadah. Hatinya rasa kesal kerana dirasakan ibadahnya tidak sempurna. Dia pun memohon ampun kepada Tuhan. Lebih-lebih lagi sekali-sekala terbuat dosa. Aduh, jiwanya sangat derita. Kerana terbuat dosa dia pun bersedekah Atau berkhidmat kepada ibu atau guru atau kawan-kawannya. Atau membaca Al Quran atau dia berzikir. Atau berselawat sekian-sekian banyaknya untuk ibu bapa atau gurunya. Jika amalan kebiasaannya tertinggal dia gelisah. Dia mesti bayar umpamanya menghadiahkan Fatihah Atau selawat dan lain-lain lagi kepada gurunya. Atau hari itu dia bersedekah atau berk...

Memilih atau dipilih.

Seandainya dunia ini kita boleh memilih apa yang kita nak, tu bermakna takde title Hamba dalam diri. Seandainya kita boleh memilih takdir Mestilah kita akan pilih yang penghujungnya penuh dengan indah tanpa sebarang liku dan masalah. Kita dipilih dalam kehidupan sendiri. Ada sebab mengapa kita dipilih. Ujian yang pelbagai,  variasi. Penghujungnya,solusinya kita yang pilih. Siapa kita pada sekarang menentukan siapa kita pada masa hadapan.

Mengapa kita dikecewakan.

Copy Paste : By MVS Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. ...

Tunggu siapa?

TUNGGU SIAPA? Sekejam-kejam kelakuan adalah dengan menyuruh seseorang yang menyukai kau, untuk menunggu kau dan akhirnya selepas dia penat menunggu kau, kau kahwin dengan orang lain. Ya, kita memang harus pilih yang terbaik buat kita tapi apa yang kau buat itu telah memberikan impak dan merosakkan impian indah seseorang. Yang kau tidak tahu, menunggu itu sakit dan ianya menyeksa. Dia (menunggu) akan buat kau mengharap walau hati kau sudah beribu kali kata, “Dia takkan tunaikan, tolong jangan jadi dungu.” Buat penyuruh tunggu : Jangan berjanji ketika sedang bahagia. Janji itu melahirkan harapan dan harapan itu jika tidak tertunai, ianya membunuh jiwa Buat yang disuruh tunggu : Selagi dia belum jadi yang halal, jangan mengharap. Jika dia serius, dia pantaskan. Jika dia sekadar main-main, dia lewat-lewatkan. Jik a tiada jodoh, Tuhan persulitkan. Belajar terima takdir Tuhan. -TFI

Selesai

Alhamdulillah a'la kulli hal. Dah selesai tugasan sebagai pelajar diploma dalam pengurusan haji dan umrah selama 2 tahun setengah. phewwww! macam-macam ujian. Tu pulak kena kejutan budaya haha. Kena buat assignment bagai. Tu belum cerita buat assignment dengan perangai team work lagi. Okay dah lepas tu lepaskan biarkan jadi kenangan eceh. Didik diri jadi pemaaf. 11/8 haritu selesai tamat praktikal. aku nak update pun sampai tak ter-update.  Busy mengalahkan perdana menteri katakan haha. Yelah balik rumah ni menolong nenek je.  Takdela sampai 24/7 tolong nenek,  tapi ade jugak jam untuk 'bina badan'dan sesi program ternak lemak iaitu tido. Praktikal tu pendek cerita best la. Aku dapat pengalaman baru, kawan baru pastu crush baru.  eh?  haha tetiba. Takde maknanya crush.  semua tua da kat office tu. Pernah satu hari tu balik kul 3 pagi keh keh. Sebab nak selesaikan kerja dan yang paling rare nya ustaz pun join sekali tidur lambat. Sian ustaz ...

Salam lebaran.

assalamualaikum. baru berkesempatan nak ucapkan selamat hari raya walaupun takde orang yang menyinggah blog usang ni haha.Kalau ada yang menyinggah alhamdulillah terima kasih support saya walaupun jauh di mata dekat dihati. cewah gituu kau hehe. sorrylah, post ni ikut apa yang berlegar dalam kepala ni je, nak guna bahasa bunga-bunga, ayat bombastic tu , tu bukan saya. saya cuma makhluk Allah yang sifar dalam bidang penulisan. takdelah sifar sangat, abc dan tulis-tulis tu tahulah(okay apa yang aku mengarut ni) back to the topic, Salam Lebaran. baru nak wish haha. raya da keberapa dah ni sampai tak terkira. dah nak ke penghujungnya. bulan Zulkaedah dah menyapa dan tunggu giliran untuk turn dia pulak. Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang beraya bersama keluarga tercinta.tahun ni beraya tanpa umi ayah. Allah memang takkan putar balik masa.Diri ni selalu mengharapkan kejaiban berlaku, moga doa doa sepanjang di dunia ni akan dikabulkan kat sana untuk berjumpa dengan yang t...

Tiada duka yang abadi.

"ahhh, aku rasa dunia ni tak adil lah!" "Aku rimas la dengan hidup aku, kenapa lah Tuhan uji aku macam ni, ada saja yang tak kena!" "Tuhan mesti dah tak sayang aku kan, aku ni asyik ditimpa bala je, apa salah aku Tuhan? Solat semua dah cukup, apa lagi yang Engkau mahu?" Nauzubillah min zalik. moga dijauhkan dari sifat sebegitu. Jika hampir berbuat atau melafazkan kata-kata sedemikian, rawat-rawatlah dengan taubat nasuha.. "eh, Taubat je kan untuk orang yang buat dosa besar je kan? alaa relaxlah. setakat ni aku takde buat dosa besar lagi pun. nanti2 la aku taubat!" eh. faham tak istilah taubat? jangan tahu buat je. Taubat ni, bila kita bersalah dekat Tuhan, kita kena minta ampun dekat Dia. tak kiralah dosa kecil ke besar ke ape. Dosa kecil, memang kita anggap kecil, tapi bila dah sebati dalam diri, dah tak mempedulikan, asyik duk pikir oh dosa kecik je ni, lama-kelamaan dia menggunung. jadilah dosa besar. That's ...

kenangan terindah

hey, i know its been awhile since I last posted but a lot has been going on with me recently. between my new room, new situation(praktikal) without my family and trouble with myself, there is never dull moment. I've been thinking about how I want to handle or post something on this blog and i"ve decided that I want post about my short vacation at Terengganu! yeayy :) mula-mula benda ni memang unexpected, sebab Terengganu memang dalam wishlist, sebab apa tau sebab teringin sangat nak makan macam-macam kat sana haha. sampaikan nenek kata, kalau gitu pergilah cari orang Terengganu terus.. err okay bye. amirah mula2 pelawa kita. dia memang bersungguh la ajak. tapi aku ni bukan masalah ape pun masalah kewangan yang takkan pernah habis hehe. tengoklah masalah negara sekarang kan , memang majo la ramai student mengalami masalah sama macam aku, lainlah mak ayah kaya tu lain cerita. time dia ajak tu dah nak final. dengan subject sem 6 tu killer bagi aku, so pasal pergi Terengganu...