Skip to main content

Jangan mudah jatuh lagi.

Allah tidak akan bawa dia pergi jauh jauh kalau dia adalah yang terbaik buat diri kita. Mungkin, apa yang kita kejarkan untuk diri saat ini boleh mengundang murka Tuhan.

Kerana itu -- Allah tarik dia supaya kita tidak terus lalai dengan cinta manusia yang mengecewakan. Sebaliknya, Allah mahu kamu selalu bersama Tuhan, kerana disitulah sinar kebahagiaan yang hakiki tiada sengsara dalam jiwa.

Dia pergi -- masih ramai yang setia disisi. Dan Allah akan gantikan yang jauh lebih elok lebih sempurna dari dia yang mungkin hanya elok di mata kita, tapi di mata Tuhan, siapa yang boleh hitung kira bagaimana dengan dirinya ?

Usah kecewa lama - lama sebab kita juga layak dan berhak untuk kecapi bahagia bersama insan insan yang masih sudi setia bersama -- sampai hari ini. Lihatlah disisi kamu, siapa yang tak pernah penat berdoa untukmu tanpa jemu. Kalau bukan ibu bapamu, kalau bukan teman temanmu, kalau bukan sahabat-sahabatmu.

Kadangkala; kita terlalu mengejar yang depan mata sehingga kita buta untuk menghargai insan yang ada disisi kita. Walhal dialah yang selalu memberi semangat dan dorongan yang tak bertepi selama ini. Tetapi, kita lupa untuk menghargai hingga dia pergi baru kita sedar diri bahawa selama ini kita tak pernah sendiri.

Oleh kerana itu, hargailah yang masih ada disisi sampai mati sebelum dia rasa dia perlu berganjak pergi. Tilik siapa di sisi, maka hargai supaya kelak kita tidak ada rasa mahu menyesali kerna kesilapan dari diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Moga menjadi kesedihan yang terakhir.

Relung hati lagi kesepian Hitamnya langit di kala malam Terimbau kenangan silam Bikin jiwa meronta kesedihan Kesedihan yang menikam-nikam Memberi pedih hingga ke dasar hati yang terdalam Terhenyak duduk dalam ruangan kesepian Menangisi kenangan yang kian hilang dari ingatan Ingatan yang menzahirkan rindu Sukma sakit dengan bayangan lalu Tiada siapa bisa mengerti apa yang berlaku Biarlah hanya Tuhan yang tahu Tahu Tuhan itu tidak terbatas Tapi mengapa masih rasa manusia lebih pantas Mengetahui setiap inci ceritera kehidupan Berbanding Tuhan yang mencorakkan Mencorakkan secangkir kenangan Yang membahagiakan jiwa Kala malam keseorangan Terbuai dengan segala rasa Rasa yang terpendam Hendak dibiar mati; pilu Hendak dibiar memekar; sayu Lalu dipilih diri Membuang rasa dari lubuk hati Menjadi sekujur jasad tanpa rasa Yang mewarna. M a l a m #KalamSiPemuisi

Dengki

Manusia. Bukannya perfect pun. Ade salahnya gak. Aku tak paham betul la kenape sanggup ade orang dengki, cakap benda yang bukan aku buat. Aku bukannya ade hati pun dekat sape sape sekarang ni. Sebab aku dah penat, penat orang main main, penat kena tinggal, penat berharap. maybe Allah nak aku tak tinggalkan cinta Dia. Kadang aku pun lalai . Yang lepas biarlah yang lepas hani Mulut manusia kita tak boleh diamkan. Nanti dia diam sendiri. Jujurla aku cakap aku cepat nak habis belajar. Dan teruskan ape family dah tetapkan. Moga itu yang terbaik. Goodluck hani.(pujuk diri)

Tunggu siapa?

TUNGGU SIAPA? Sekejam-kejam kelakuan adalah dengan menyuruh seseorang yang menyukai kau, untuk menunggu kau dan akhirnya selepas dia penat menunggu kau, kau kahwin dengan orang lain. Ya, kita memang harus pilih yang terbaik buat kita tapi apa yang kau buat itu telah memberikan impak dan merosakkan impian indah seseorang. Yang kau tidak tahu, menunggu itu sakit dan ianya menyeksa. Dia (menunggu) akan buat kau mengharap walau hati kau sudah beribu kali kata, “Dia takkan tunaikan, tolong jangan jadi dungu.” Buat penyuruh tunggu : Jangan berjanji ketika sedang bahagia. Janji itu melahirkan harapan dan harapan itu jika tidak tertunai, ianya membunuh jiwa Buat yang disuruh tunggu : Selagi dia belum jadi yang halal, jangan mengharap. Jika dia serius, dia pantaskan. Jika dia sekadar main-main, dia lewat-lewatkan. Jik a tiada jodoh, Tuhan persulitkan. Belajar terima takdir Tuhan. -TFI