Skip to main content

Serius dengan Tuhan

Ada orang setelah dia dapat menunaikan yang fardhu dan yang sunat secara lahir,
Dapat pula meninggalkan maksiat secara lahir di dalam kehidupannya,
Dia merasakan bahawa dia telah serius dengan Tuhan.
Dia sebenarnya belum serius dengan Tuhan Penciptanya.
Orang yang serius dengan Tuhan disertakan sekali sentiasa takut dengan-Nya.
Hatinya sentiasa bergelombang dengan kebimbangan
Setiap kali selepas mengerjakan ibadah.
Hatinya rasa kesal kerana dirasakan ibadahnya tidak sempurna.
Dia pun memohon ampun kepada Tuhan.
Lebih-lebih lagi sekali-sekala terbuat dosa.
Aduh, jiwanya sangat derita.
Kerana terbuat dosa dia pun bersedekah
Atau berkhidmat kepada ibu atau guru atau kawan-kawannya.
Atau membaca Al Quran atau dia berzikir.
Atau berselawat sekian-sekian banyaknya untuk ibu bapa atau gurunya.
Jika amalan kebiasaannya tertinggal dia gelisah.
Dia mesti bayar umpamanya menghadiahkan Fatihah
Atau selawat dan lain-lain lagi kepada gurunya.
Atau hari itu dia bersedekah atau berkhidmat dengan manusia.
Fikirannya sentiasa ke hadapan.
Apalagilah kebaikan yang hendak dicetuskan.
Kalau dia masbuk sahaja dengan imam
Hatinya tidak tenang pada hari itu.
Untuk memujuk hatinya dia akan bayar dengan sedekah.
Atau sembahyang sunat atau khidmat dan mendoakan gurunya.
Kalau dia hendak membuat kerja yang besar atau apa-apa hajat,
Dia mesti mengadu dengan Tuhan terlebih dahulu.
Ia akan bertawasul dengan gurunya.
Setiap kali dia membuat kejahatan,
Dia akan tutup dengan membuat kebaikan.
Di samping hatinya sedih dan terseksa.
Dia tidak boleh mendengar ada orang yang susah.
Hatinya gelisah dan dia mesti berusaha menolongnya.
Kalau dia bersalah cepat-cepat memohon maaf.
Dan memberi maaf
Di atas kesalahan orang kepadanya.
Begitulah orang yang serius dengan Tuhan.

Menjelang Maghrib
14.12.99 ; Mursyid.

Comments

Popular posts from this blog

Moga menjadi kesedihan yang terakhir.

Relung hati lagi kesepian Hitamnya langit di kala malam Terimbau kenangan silam Bikin jiwa meronta kesedihan Kesedihan yang menikam-nikam Memberi pedih hingga ke dasar hati yang terdalam Terhenyak duduk dalam ruangan kesepian Menangisi kenangan yang kian hilang dari ingatan Ingatan yang menzahirkan rindu Sukma sakit dengan bayangan lalu Tiada siapa bisa mengerti apa yang berlaku Biarlah hanya Tuhan yang tahu Tahu Tuhan itu tidak terbatas Tapi mengapa masih rasa manusia lebih pantas Mengetahui setiap inci ceritera kehidupan Berbanding Tuhan yang mencorakkan Mencorakkan secangkir kenangan Yang membahagiakan jiwa Kala malam keseorangan Terbuai dengan segala rasa Rasa yang terpendam Hendak dibiar mati; pilu Hendak dibiar memekar; sayu Lalu dipilih diri Membuang rasa dari lubuk hati Menjadi sekujur jasad tanpa rasa Yang mewarna. M a l a m #KalamSiPemuisi

Dengki

Manusia. Bukannya perfect pun. Ade salahnya gak. Aku tak paham betul la kenape sanggup ade orang dengki, cakap benda yang bukan aku buat. Aku bukannya ade hati pun dekat sape sape sekarang ni. Sebab aku dah penat, penat orang main main, penat kena tinggal, penat berharap. maybe Allah nak aku tak tinggalkan cinta Dia. Kadang aku pun lalai . Yang lepas biarlah yang lepas hani Mulut manusia kita tak boleh diamkan. Nanti dia diam sendiri. Jujurla aku cakap aku cepat nak habis belajar. Dan teruskan ape family dah tetapkan. Moga itu yang terbaik. Goodluck hani.(pujuk diri)

Tunggu siapa?

TUNGGU SIAPA? Sekejam-kejam kelakuan adalah dengan menyuruh seseorang yang menyukai kau, untuk menunggu kau dan akhirnya selepas dia penat menunggu kau, kau kahwin dengan orang lain. Ya, kita memang harus pilih yang terbaik buat kita tapi apa yang kau buat itu telah memberikan impak dan merosakkan impian indah seseorang. Yang kau tidak tahu, menunggu itu sakit dan ianya menyeksa. Dia (menunggu) akan buat kau mengharap walau hati kau sudah beribu kali kata, “Dia takkan tunaikan, tolong jangan jadi dungu.” Buat penyuruh tunggu : Jangan berjanji ketika sedang bahagia. Janji itu melahirkan harapan dan harapan itu jika tidak tertunai, ianya membunuh jiwa Buat yang disuruh tunggu : Selagi dia belum jadi yang halal, jangan mengharap. Jika dia serius, dia pantaskan. Jika dia sekadar main-main, dia lewat-lewatkan. Jik a tiada jodoh, Tuhan persulitkan. Belajar terima takdir Tuhan. -TFI