Skip to main content

Salam lebaran.

assalamualaikum.
baru berkesempatan nak ucapkan selamat hari raya walaupun takde orang yang menyinggah blog usang ni haha.Kalau ada yang menyinggah alhamdulillah terima kasih support saya walaupun jauh di mata dekat dihati. cewah gituu kau hehe.

sorrylah, post ni ikut apa yang berlegar dalam kepala ni je, nak guna bahasa bunga-bunga, ayat bombastic tu , tu bukan saya. saya cuma makhluk Allah yang sifar dalam bidang penulisan. takdelah sifar sangat, abc dan tulis-tulis tu tahulah(okay apa yang aku mengarut ni)

back to the topic,
Salam Lebaran.

baru nak wish haha. raya da keberapa dah ni sampai tak terkira. dah nak ke penghujungnya. bulan Zulkaedah dah menyapa dan tunggu giliran untuk turn dia pulak.


Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang beraya bersama keluarga tercinta.tahun ni beraya tanpa umi ayah. Allah memang takkan putar balik masa.Diri ni selalu mengharapkan kejaiban berlaku, moga doa doa sepanjang di dunia ni akan dikabulkan kat sana untuk berjumpa dengan yang tercinta.
jujurnya aku memang rindukan detik indah dengan umi dan ayah.

kalau beraya dengan ayah, aku sempat. tapi aku dalam lingkungan 1 tahun hingga  3 tahun je dpat beraya dengan arwah. tu pun satu apa tak ingat. yelah kecik lagi kan. kalau dengan arwah umi, kesempatan tu dapat aku rasa, arwah carikan baju, tudung yang special haha yelah kita je sorang anak perempuan dia mestilah manja tu lebih kan hehe. last beraya dengan arwah umi, waktu tu dia pun dah jatuh sakit, duduk je. kita hari raya pertama duk pakai cantik2, tapi dia masih duduk dekat atas katil, menahan sakitnya, denan tiub dihidung dan dada berdegup kencang. Allah, nak diingatkan balik, memamng boleh menangis,ni pun dah nak menitik dah air mata ni.

moga Allah ampunkan dosa-dosa umi dan ayahku.

tahun ni aku beraya kat Melaka. tak ramai pun ahli keluargatahun ni.masing-masing ada yang beraya dekat rumah mertua. Tu pulak geng beraya kat sana jenis yang riuh-rendah. So, rumah nenek tu sunyi sikit hehe.

raya kan 25 hb kan, aku dapat balik kampung 24 hb. sedihlah jugak. tapi kesedihan tu hilang bila dah sampai rumah n tengok semua kuih raya dah siap sedia haha. tu je hiburannya.

24 hb tu memang aku penat sangat yelah, dari pagi sampai 12 malam tak rehat, sampai2 je kat rumah kena kemas rumah. nenek pun dah tua kan, manalah larat sangat nak kemas betul-betul, jadi tolong apa yang mampu. Malam tu siapkan hidangan untuk orang yang datang takbir rumah ke rumah. buat yang ringan-ringan je. goreng mihun, dah. siap! orang pun malas nak makan pukul 12 malam haha.

Aku beraya la jugak. Ustaz kasi cuti seminggu. beraya ke rumah orang tu adalah juga, tapi beraya dengan lemak-lemak makanan je lebih haha. Duk umah makan, tunggu orang datang, bila orang datang ha mulalah kelam kabut. Raya ni rumah kena maintain bersih, tu yang penat tu. aku pulak cucu sulung perempuan yang paling besar, bawah semua kecik2 lagi memang kaw-kaw la kena bila bab buat air, sediakan kuih raya, semualah.

cepatlah sikit diorang membesar tu, aku nak letak jawatan hahaha(kejam)

dah takda apa dah kot. mengarut je aku taip ni. Raya tahun ni kureng la sikit. biasa-biasa je.

buat anda semua, selamat hari raya.
mana yang dah meninggalkan kita, jangan dilupakan.
amal jariah dan ilmu yang bermanfaat dari mereka,
teruskan beramal dan mereka akan tersenyum bahagia dekat sana.
Doa jangan putus.

okayyyyy bye.



Comments

Popular posts from this blog

Moga menjadi kesedihan yang terakhir.

Relung hati lagi kesepian Hitamnya langit di kala malam Terimbau kenangan silam Bikin jiwa meronta kesedihan Kesedihan yang menikam-nikam Memberi pedih hingga ke dasar hati yang terdalam Terhenyak duduk dalam ruangan kesepian Menangisi kenangan yang kian hilang dari ingatan Ingatan yang menzahirkan rindu Sukma sakit dengan bayangan lalu Tiada siapa bisa mengerti apa yang berlaku Biarlah hanya Tuhan yang tahu Tahu Tuhan itu tidak terbatas Tapi mengapa masih rasa manusia lebih pantas Mengetahui setiap inci ceritera kehidupan Berbanding Tuhan yang mencorakkan Mencorakkan secangkir kenangan Yang membahagiakan jiwa Kala malam keseorangan Terbuai dengan segala rasa Rasa yang terpendam Hendak dibiar mati; pilu Hendak dibiar memekar; sayu Lalu dipilih diri Membuang rasa dari lubuk hati Menjadi sekujur jasad tanpa rasa Yang mewarna. M a l a m #KalamSiPemuisi

Dengki

Manusia. Bukannya perfect pun. Ade salahnya gak. Aku tak paham betul la kenape sanggup ade orang dengki, cakap benda yang bukan aku buat. Aku bukannya ade hati pun dekat sape sape sekarang ni. Sebab aku dah penat, penat orang main main, penat kena tinggal, penat berharap. maybe Allah nak aku tak tinggalkan cinta Dia. Kadang aku pun lalai . Yang lepas biarlah yang lepas hani Mulut manusia kita tak boleh diamkan. Nanti dia diam sendiri. Jujurla aku cakap aku cepat nak habis belajar. Dan teruskan ape family dah tetapkan. Moga itu yang terbaik. Goodluck hani.(pujuk diri)

Tunggu siapa?

TUNGGU SIAPA? Sekejam-kejam kelakuan adalah dengan menyuruh seseorang yang menyukai kau, untuk menunggu kau dan akhirnya selepas dia penat menunggu kau, kau kahwin dengan orang lain. Ya, kita memang harus pilih yang terbaik buat kita tapi apa yang kau buat itu telah memberikan impak dan merosakkan impian indah seseorang. Yang kau tidak tahu, menunggu itu sakit dan ianya menyeksa. Dia (menunggu) akan buat kau mengharap walau hati kau sudah beribu kali kata, “Dia takkan tunaikan, tolong jangan jadi dungu.” Buat penyuruh tunggu : Jangan berjanji ketika sedang bahagia. Janji itu melahirkan harapan dan harapan itu jika tidak tertunai, ianya membunuh jiwa Buat yang disuruh tunggu : Selagi dia belum jadi yang halal, jangan mengharap. Jika dia serius, dia pantaskan. Jika dia sekadar main-main, dia lewat-lewatkan. Jik a tiada jodoh, Tuhan persulitkan. Belajar terima takdir Tuhan. -TFI