"ahhh, aku rasa dunia ni tak adil lah!"
"Aku rimas la dengan hidup aku, kenapa lah Tuhan uji aku macam ni, ada saja yang tak kena!"
"Tuhan mesti dah tak sayang aku kan, aku ni asyik ditimpa bala je, apa salah aku Tuhan? Solat semua dah cukup, apa lagi yang Engkau mahu?"
Nauzubillah min zalik. moga dijauhkan dari sifat sebegitu. Jika hampir berbuat atau melafazkan kata-kata sedemikian, rawat-rawatlah dengan taubat nasuha..
"eh, Taubat je kan untuk orang yang buat dosa besar je kan? alaa relaxlah. setakat ni aku takde buat dosa besar lagi pun. nanti2 la aku taubat!"
eh. faham tak istilah taubat? jangan tahu buat je.
Taubat ni, bila kita bersalah dekat Tuhan, kita kena minta ampun dekat Dia. tak kiralah dosa kecil ke besar ke ape. Dosa kecil, memang kita anggap kecil, tapi bila dah sebati dalam diri, dah tak mempedulikan, asyik duk pikir oh dosa kecik je ni, lama-kelamaan dia menggunung. jadilah dosa besar.
That's why la kita kena merintih selalu. memohon keampunan. Taubat Nasuha. Janji dengan Allah tak buat lagi. Allah itu Maha Pengampun..
Janganlah ingat oh Allah itu Maha Pengampun. aku boleh buat dosa lagi, lepastu taubat la lagi *gelak besar.
Jangan. Jangan buat macam tu. Kalau la Kalau ditakdirkan tak sempat bertaubat, macam mana? apa yang hendak digali sewaktu kat akhirat nanti? mak ayah nak tolong? mak ayah saudara mara memang la boleh temankan. Temankan kita sewaktu mandikan, kapankan, dan sewaktu ditalkinkan. selepas tujuh langkah, Malaikat yang diwahyukan menyoal kita pula yang temankan. Ha, apa nak dijawab? kat dunia kita boleh tipu-tipu , gelak-gelak tapi kat liang lahad tu kita keseorangan, takde back-up plan.terkumat-kamit hendak menjawab soalan.
Allah.
perasaan itu belum aku mengalami. tapi aku tau azabnya. itu belum lagi nak menerima siksaan.
perasaan itu belum aku mengalami. tapi aku tau azabnya. itu belum lagi nak menerima siksaan.
berbalik kepada tajuk yang dientrikan, "tiada duka yang abadi" , saya ambil dari tajuk lagu yang dinyanyikan Opick. dengan nada yang syahdu, meruntun jiwa.
Allah itu tidak bersifat kejam. Allah beri ujian sebab nak uji kesabaran kita.
"alahhh, ayat ni lemau aku dengar. tak abis-abis dengan ayat ni. aku rasa aku da sampai tahap sabar yang maksimum. aku penat doh dengn ujian!"
Sabar. ni baru ujian kita yang penuh dosa.
sedangkan Nabi yang maksum, sering dilanda ujian.
sedangkan Nabi yang maksum, sering dilanda ujian.
saya ada terbaca satu post,
setiap manusia akan ditimpa bala.Bala ada Tiga Kategori.
setiap manusia akan ditimpa bala.Bala ada Tiga Kategori.
Pertama, untuk PENINGKATAN DARJAT iaitu khususnya untuk PARA ANBIYA'.
Kedua, bala untuk PENGHAPUSAN DOSA iaitu untuk orang MUKMIN.
Ketiga, bala untuk MENGHINA iaitu untuk orang KAFIR DAN MURTAD.
Para Anbiya' ada peningkatan darjatnya tersendiri. memang besar ujian mereka.Tetapi satu ujian pun tak menjentik hati mereka untuk menyekutukan Allah.
Bala kategori yang kedua yang menimpa orang mukmin memang pada zahirnya susah, lelah , tenat. Faham. saya pun sendiri mengalaminya. tapi akhirnya terkandung ketenangan di jiwa, kejayaan dunia dan akhirat dan ada ganjarannya jika kita sanggup hadapi dan selami jiwa dengan tenang tanpa mengeluh.
Bala yang terakhir iaitu yang menimpa orang kafir dan murtad akan dirasakan susah bagi mereka di dunia dan semakin susah di akhirat.
Allah,Allah..
moga dijauhkan dari kita semua.
ni nak pesan, hati-hati dengan percakapan@perbuatan, kadang kita tak sedar ia boleh meng'kafir'kan kita.
Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)
Jika kita berasa penat sewaktu menghadapi kesusahan, ingat, Allah itu tak akan membiarkan hambaNya sentiasa dalam kesusahan. siapa kata Allah tak sayang? Allah sangat dekat dengan kita. kalau rasa sedih, hiburkanlah hati dengan mengingati ganjaran pahala yang bakal menanti dan lihat orang yang lebih susah dari kita... Jangan rasa kita je susah, macam kita sorang la da tempuh onak duri, ribut taufan hahaha, terkena seterika sikit pun dah melalak kan, ada orang lagi susah. Susah nak dapat makanan, takut dalam peperangan dan macam-macam lagi. contoh terdekat, rakyat di Palestin.
Sayangnya Allah dekat kita semua.
check balik, duka-duka pun, Allah bagi kita rezeki kan.
janganlah set akal tu
"Aku dah berdoa kot , aku nak rezeki harini. Tapi kenapa jualan aku tak laku?"
Allah akan beri di saat waktu yang tepat, mana tahu waktu kau berdoa tu kau masih ada kesenangan, mana tahu waktu Allah beri tu, diwaktu kau betul-betul memerlukan? betul kan? kita tak tahu perancangan Allah macam mana.
Indahnya.
Allah tahu masa silam, masa dalam rahim, masa kau makan curi-curi, masa dewasa, tua, dalam barzakh,masa depan dan masa yang tersembunyi pun Allah tahu.
jadi sebagai hamba kita kena redha apa yang diberikan. dunia ni bukan kita punya. Allah yang aturkan.
Tiba-tiba idea macam ni muncul untuk dinukilkan.Luahan kerdil ini daripada hamba yang hina.
idea daripada seorang sahabat;
setiap orang digelar manusia banyak masalah. takde sorang pun gelaran manusia takde masalah dalam dunia ni. pelbagai cabaran, dugaan setiap manusia hadapi. tapi dengan setiap dugaan, cabaran ada penyelesaian nya. pasti ada. dengan cara apa? dekat dengan dia. cari dia. bangun malam.
bangun malam? ye pasti ramai rintih, susah and payah nak bangun malam, nak jumpa, nak sembang, nak luah dengan Dia (termasuk diri ni) . pasang niat. yes pasang niat sebelum tidur nak bangun sepertiga malam nak jumpa Dia. inshaAllah dengan izin Dia , kita akan bangun sepertiga malam.
luah. nangis sedu sedan. merintih pada Dia. sungguh sungguh, usaha mengadu pada Dia. minta jalan penyelesaian. InshaAllah Allah akan bantu. dan Allah akan beri penyelesaian keatas setiap dugaan yang kita akan hadapi. inshaAllah, dengan izin Dia
bangun malam? ye pasti ramai rintih, susah and payah nak bangun malam, nak jumpa, nak sembang, nak luah dengan Dia (termasuk diri ni) . pasang niat. yes pasang niat sebelum tidur nak bangun sepertiga malam nak jumpa Dia. inshaAllah dengan izin Dia , kita akan bangun sepertiga malam.
luah. nangis sedu sedan. merintih pada Dia. sungguh sungguh, usaha mengadu pada Dia. minta jalan penyelesaian. InshaAllah Allah akan bantu. dan Allah akan beri penyelesaian keatas setiap dugaan yang kita akan hadapi. inshaAllah, dengan izin Dia
Alhamdulillah terima Kasih.
Penyelesaiannya, bergantung kepada manusia yang menghadapi kesukaran tersebut. Pilih jalan yang baik atau sebaliknya. KitabNya , KalamNya sentiasa menunggu untuk kita.
saya pun bukannya dikalangan orang yang baik. mana tahu ini antara amal saya untuk semua. Moga bermanfaat.
"Tiada kesusahan yang kekal, tiada kegembiraan yang abadi,
tiada kefakiran yang lama, tiada kemakmuran yang lestari...”(Imam Syafi’i)
Comments
Post a Comment