Skip to main content

Selesai

Alhamdulillah a'la kulli hal.
Dah selesai tugasan sebagai pelajar diploma dalam pengurusan haji dan umrah selama 2 tahun setengah.

phewwww!

macam-macam ujian.
Tu pulak kena kejutan budaya haha.
Kena buat assignment bagai.
Tu belum cerita buat assignment dengan perangai team work lagi.
Okay dah lepas tu lepaskan biarkan jadi kenangan eceh.

Didik diri jadi pemaaf.

11/8 haritu selesai tamat praktikal.
aku nak update pun sampai tak ter-update.  Busy mengalahkan perdana menteri katakan haha.
Yelah balik rumah ni menolong nenek je.  Takdela sampai 24/7 tolong nenek,  tapi ade jugak jam untuk 'bina badan'dan sesi program ternak lemak iaitu tido.

Praktikal tu pendek cerita best la.
Aku dapat pengalaman baru, kawan baru pastu crush baru.  eh?  haha tetiba.
Takde maknanya crush.  semua tua da kat office tu.
Pernah satu hari tu balik kul 3 pagi keh keh.
Sebab nak selesaikan kerja dan yang paling rare nya ustaz pun join sekali tidur lambat.
Sian ustaz ha.  Tengok muka dia pun letih.
Waktu balik lambat tu antara moment sebelum langkah kaki keluar haha.
Ustaz belanja kepci tau ( even kepci aku bersyukur gila sebab dalam otak time tu teringin nak makan)
Alhamdulillah.

Pastu ujian dengan bilik sewa.
Pergh pening dia tak boleh bincang.
Kejap A kejap Z.
Tapi takpela.
Semua dah settle.

Tempat mana je takde ujian
Sedangkan duduk depan setenang-tenang air laut kalau ombaknya da deras kena jugak percikan kat kita kan.

And suddenly fikir apa yang umi pernah cakap and jadikan tu sebagai pembakar semangat.
Untuk berjaya.

Pointer untuk Diploma ni cukup makan je.
Bolehla kalau nak sambung belajar tu.
cadangnya lepas ni nak masuk UPSI.
Teringin pulak macam nak jadi cikgu.
Nenek siap pesan --
"Kalau nak jadi cikgu muka tu kena senyum,  takmau garang-garang nanti budak tak suka hahah"

Kita ni jenis tak terima kita cakap balik "nek, cikgu iqah kat sekola tu garang je tapi ramai sayang heheh"

ceh. Konon. Kalau la ada yang sayang. KALAU k KALAU.  ok dah boldkan.

Lepas ni nak plan nak amik lesen,  nak sambung degree,  nak kerja pastu nak kawen.*tetiba

Kalau ada jodoh.  Takde jodoh termenung jelah tengok kawan-kawan kawen.

Dah makin teruk aku cakap ni haha.

Sebenarnya graduan lepasan diploma ni dia punya ucapan kadang terikut format.  Aku ni bukan jenis yang terlalu baku sangat.

Kadang kan,  aku terdetik la jugak nak guna ayat ayat yang berbunga,  puitis bagai apa semua tu dan aku aplikasikan dalam ucapan dalam bentuk whatsapp and any media social

Kadang diorang balas sama dengan ayat baku jugak.
Aku ni jenis overthinking jugak,
adakah balasan dia ni berbentuk perlian?  😂😂😂🤐
Kadang ada yang perli aku kalau aku buat ayat puitis bagai.

Sukati aku ler.  Diri aku.

Eh dah apa ni?

Back to apa yang nak cakap ni,
Selesai jadi pelajar Diploma yeayyy!
aku pun tak sangka sebab dah habis diploma hahahah okay diploma je pun.
Lepas first phase and inshaa Allah akan teruskan langkah untuk next phase.

Terima kasih kat kawan-kawan and semua lect yang banyak berkorban dari segi tenaga dan masa,  curahkan ilmu sederas air terjun (hamboiii)  dan terima kasih jugak kepada yang sentiasa menguji tu tanpa anda saya tak kuat hahahahha.

Klah. Hati tetiba bengkak pulak teringat siapa yang ada sepanjang aku time praktikal ni. Mana la perginya hm.

Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Moga menjadi kesedihan yang terakhir.

Relung hati lagi kesepian Hitamnya langit di kala malam Terimbau kenangan silam Bikin jiwa meronta kesedihan Kesedihan yang menikam-nikam Memberi pedih hingga ke dasar hati yang terdalam Terhenyak duduk dalam ruangan kesepian Menangisi kenangan yang kian hilang dari ingatan Ingatan yang menzahirkan rindu Sukma sakit dengan bayangan lalu Tiada siapa bisa mengerti apa yang berlaku Biarlah hanya Tuhan yang tahu Tahu Tuhan itu tidak terbatas Tapi mengapa masih rasa manusia lebih pantas Mengetahui setiap inci ceritera kehidupan Berbanding Tuhan yang mencorakkan Mencorakkan secangkir kenangan Yang membahagiakan jiwa Kala malam keseorangan Terbuai dengan segala rasa Rasa yang terpendam Hendak dibiar mati; pilu Hendak dibiar memekar; sayu Lalu dipilih diri Membuang rasa dari lubuk hati Menjadi sekujur jasad tanpa rasa Yang mewarna. M a l a m #KalamSiPemuisi

Dengki

Manusia. Bukannya perfect pun. Ade salahnya gak. Aku tak paham betul la kenape sanggup ade orang dengki, cakap benda yang bukan aku buat. Aku bukannya ade hati pun dekat sape sape sekarang ni. Sebab aku dah penat, penat orang main main, penat kena tinggal, penat berharap. maybe Allah nak aku tak tinggalkan cinta Dia. Kadang aku pun lalai . Yang lepas biarlah yang lepas hani Mulut manusia kita tak boleh diamkan. Nanti dia diam sendiri. Jujurla aku cakap aku cepat nak habis belajar. Dan teruskan ape family dah tetapkan. Moga itu yang terbaik. Goodluck hani.(pujuk diri)

Tunggu siapa?

TUNGGU SIAPA? Sekejam-kejam kelakuan adalah dengan menyuruh seseorang yang menyukai kau, untuk menunggu kau dan akhirnya selepas dia penat menunggu kau, kau kahwin dengan orang lain. Ya, kita memang harus pilih yang terbaik buat kita tapi apa yang kau buat itu telah memberikan impak dan merosakkan impian indah seseorang. Yang kau tidak tahu, menunggu itu sakit dan ianya menyeksa. Dia (menunggu) akan buat kau mengharap walau hati kau sudah beribu kali kata, “Dia takkan tunaikan, tolong jangan jadi dungu.” Buat penyuruh tunggu : Jangan berjanji ketika sedang bahagia. Janji itu melahirkan harapan dan harapan itu jika tidak tertunai, ianya membunuh jiwa Buat yang disuruh tunggu : Selagi dia belum jadi yang halal, jangan mengharap. Jika dia serius, dia pantaskan. Jika dia sekadar main-main, dia lewat-lewatkan. Jik a tiada jodoh, Tuhan persulitkan. Belajar terima takdir Tuhan. -TFI