Skip to main content

Sahabatku, Erdiena.

"Erdiena Syahirah baru kembali kerahmatullah pada jam 4.38 pagi ini"

4 Disember 2017; 6 pagi.
Baru dapat berita tentang sahabat perjuangan, Erdiena Syahirah yang baru saja menghembuskan nafas terakhir.

Hanya Allah yang tahu perasaannya bila dapat tahu tentang pemergiaannya.
Allah lebih menyayangi Dina.
Allah yang menyembuhkan.
Allah jualah yang berhak mematikan.

Ini bahagian dia,
Bahagian yang orang kata
"setiap kesusahan pasti ada kesenangan"
"Ujian ada hikmah"

Dan hikmahnya inshaa Allah syurga buatmu Dina.
Dina dah bertarung dengan hebatnya.
Menahan kesakitan yang bukan kepalang.
diselang selikan dengan kalimahNya.

Sungguh,
jika aku berada di tempatnya.
Mungkin aku kerap persoalkan kepada Tuhan.
Adakah Tuhan membenciku setelah apa yang aku lalui.

Erdiena,
Sungguh engkau seorang yang positif.
Sentiasa memberi kata kata semangat buat sahabat,
jika ada masalah, diri takkan mudah mengalah.
Seorang yang taat kepada ajaranNya.

2 minggu lepas,
aku berpeluang untuk menziarahimu.
Aku terpana melihat keadaan dirimu.
Sungguh aku tak kuat Dina.
Hanya bergantung ubat untuk menghilang kesakitan.
Mulut terkumat kamit mengingati Dia.

Aku sempat berpesan kepadanya...
"Erdiena, Allah yang Maha menyembuhkan. Kuat kerana Dia, mama dan adik adik. Ingat Allah selalu sayang. Kita balik dulu"

Dia mengangguk tanda mengerti apa yang ku pesan.


Tak sangka itu pertemuan terakhir.
Tak sangka itu ciuman terakhir.
Tak sangka itu .....
Hanya sementara.

Kisah Erdiena mengingatkan aku tentang arwah Umi aku.
Moga mereka berdua ditempatkan dikalang orang orang yang beriman.

ERDIENA,

Terima kasih ada susah dan senang.

terima kasih menjadi antara orang yang memberi sokongan

Terima kasih, bagi semangat bila kita nak present.

Terima kasih tersenyum bila kita rasa down present depan orang dan buat isyarat tangan "Hani boleh"

Terima kasih belanja kita makan.

terima kasih temankan kita disaat kita memerlukan seseorang.

terima kasih bagi "baby kiss " (teddy bear) kat kita.

Tak terkira terima kasihnya Dina.

Biarlah sentiasa di dalam ingatan.


Terima kasih dina jadikan kita sebahagian yang hadir dalam hidup dina.

Last hadiah kita kasi tudung putih corak bunga pink

" Dina suka tak?

"Haniiiiiiiii dinaaaa sukaaaaa"

Ya Allah.

Ramai yang menyayangi dia.

Tapi kasih sayang dariMu itu lagi Hebat.

Nak buktikan Dina itu milik Engkau Ya Tuhan.


Banyak hendak diceritakan tentang kebaikan Erdiena.
Terkilan tak dapat membalasnya.
Hanya doa dapat dititipkan untuk dia.
Moga Allah ampunkan dosanya.
Moga Allah kurniakan syurga buatnya.

Erdiena,
Bahagianmu, kau terima dengan tenang
dan penuh kesungguhan.
Kau sentiasa kuat.
Moga bertemu disana.

aku pun taktau pengakhiranku bagaimana.
moga sama sama dapat pengakhiran yang baik.
yang diredhai oleh Dia.

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Pemaaf

Ampunkanlah dosa dosanya

Tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman.

Orang orang yang sentiasa mengingatimu.

Sesungguhnya dia hamba yang taat.

Hanya Engkau Maha Al-Mizan.


Engkau yang mengetahui setiap amalan HambaMu.



moga tenang disana

Erdiena Syahirah.

Comments

Popular posts from this blog

Salam lebaran.

assalamualaikum. baru berkesempatan nak ucapkan selamat hari raya walaupun takde orang yang menyinggah blog usang ni haha.Kalau ada yang menyinggah alhamdulillah terima kasih support saya walaupun jauh di mata dekat dihati. cewah gituu kau hehe. sorrylah, post ni ikut apa yang berlegar dalam kepala ni je, nak guna bahasa bunga-bunga, ayat bombastic tu , tu bukan saya. saya cuma makhluk Allah yang sifar dalam bidang penulisan. takdelah sifar sangat, abc dan tulis-tulis tu tahulah(okay apa yang aku mengarut ni) back to the topic, Salam Lebaran. baru nak wish haha. raya da keberapa dah ni sampai tak terkira. dah nak ke penghujungnya. bulan Zulkaedah dah menyapa dan tunggu giliran untuk turn dia pulak. Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang beraya bersama keluarga tercinta.tahun ni beraya tanpa umi ayah. Allah memang takkan putar balik masa.Diri ni selalu mengharapkan kejaiban berlaku, moga doa doa sepanjang di dunia ni akan dikabulkan kat sana untuk berjumpa dengan yang t...