Skip to main content

Posts

Hari bermakna.

Assalamualaikum. Lama rasanya tak update blog ni. Alhamdulillah pada 24 november 2018 bersamaan hari sabtu, aku menghadiri hari graduasi di Menara PGRM. "ya Allah, rindunya kat kawan kawan. Bestnya kalau dapat jumpa diorang" Ini ayat yang pertama tetiba aku ucap. Serious rindu kot kawan susah senang. Lepas habis belajar je, hubungi diorang melalui whatsapp and call je. Aku bertolak ke TBS hari khamis petang n tumpang rumah kak sarah. Kak sarah ni memang antara orang terpenting bagi aku. Sebab dia banyak tolong dari sem 1 sampai habis. "eh muka akak en macam kak ecah faci tu lah. Sebijik. Cuma pakai pendakap gigi ngan tak je" Tu ayat pertama aku tegur kak sarah hahaha. Jap eh kak, nak membawang pasal akak. Akak dulu memula saya ingat "minah ni sombong gila. Acah je" Last last boleh ngam kau. Habis peha semua kena cubit hahaha. Kiranya boleh buat kawan la maksudnya hehhe. Okay tu saja throwback. Aku nak throwback suwit suwit je. Pasal pahit tu ak...
Recent posts

Sahabatku, Erdiena.

"Erdiena Syahirah baru kembali kerahmatullah pada jam 4.38 pagi ini" 4 Disember 2017; 6 pagi. Baru dapat berita tentang sahabat perjuangan, Erdiena Syahirah yang baru saja menghembuskan nafas terakhir. Hanya Allah yang tahu perasaannya bila dapat tahu tentang pemergiaannya. Allah lebih menyayangi Dina. Allah yang menyembuhkan. Allah jualah yang berhak mematikan. Ini bahagian dia, Bahagian yang orang kata "setiap kesusahan pasti ada kesenangan" "Ujian ada hikmah" Dan hikmahnya inshaa Allah syurga buatmu Dina. Dina dah bertarung dengan hebatnya. Menahan kesakitan yang bukan kepalang. diselang selikan dengan kalimahNya. Sungguh, jika aku berada di tempatnya. Mungkin aku kerap persoalkan kepada Tuhan. Adakah Tuhan membenciku setelah apa yang aku lalui. Erdiena, Sungguh engkau seorang yang positif. Sentiasa memberi kata kata semangat buat sahabat, jika ada masalah, diri takkan mudah mengalah. Seorang yang taat kepada ajaranNya. 2 minggu ...

Zaman sekarang

Lelaki Tidak Serius. "Awak, awak serius ke nak kahwin dengan saya?" "Kalau ada jodoh, ada la. Kalau tak de nak buat macam mana?" *** Akan ada lelaki yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan sekadar suka-suka dan mengisi kesepian di hati. Tengok semua kawan-kawan dia ada makwe, dia pun nak ada sama. Dah tiga tahun bercinta pun masih tak serius lagi menuju ke alam rumah tangga. Lebih teruk lagi boleh cakap "ada jodoh, kahwin la kita." Perempuan dah sayang kat kau, kau boleh pula cakap kalau ada jodoh ada la. Dah tiga tahun bercinta, kau bagi harapan kat dia, kau ajak dia keluar dating boleh lagi cakap macam tu? Kaum perempuan ni, malas nak start balik. Dia setia je dengan kau, tapi kau buat tak kisah pulak. Kalau kau tak ada niat nak kahwin dengan dia tak payah la nak beri harapan atau ajak dia bercinta dulu. Simple. Dah bercinta lama-lama bila dah rasa boring, mula la nak min...

Moga menjadi kesedihan yang terakhir.

Relung hati lagi kesepian Hitamnya langit di kala malam Terimbau kenangan silam Bikin jiwa meronta kesedihan Kesedihan yang menikam-nikam Memberi pedih hingga ke dasar hati yang terdalam Terhenyak duduk dalam ruangan kesepian Menangisi kenangan yang kian hilang dari ingatan Ingatan yang menzahirkan rindu Sukma sakit dengan bayangan lalu Tiada siapa bisa mengerti apa yang berlaku Biarlah hanya Tuhan yang tahu Tahu Tuhan itu tidak terbatas Tapi mengapa masih rasa manusia lebih pantas Mengetahui setiap inci ceritera kehidupan Berbanding Tuhan yang mencorakkan Mencorakkan secangkir kenangan Yang membahagiakan jiwa Kala malam keseorangan Terbuai dengan segala rasa Rasa yang terpendam Hendak dibiar mati; pilu Hendak dibiar memekar; sayu Lalu dipilih diri Membuang rasa dari lubuk hati Menjadi sekujur jasad tanpa rasa Yang mewarna. M a l a m #KalamSiPemuisi

Jangan mudah jatuh lagi.

Allah tidak akan bawa dia pergi jauh jauh kalau dia adalah yang terbaik buat diri kita. Mungkin, apa yang kita kejarkan untuk diri saat ini boleh mengundang murka Tuhan. Kerana itu -- Allah tarik dia supaya kita tidak terus lalai dengan cinta manusia yang mengecewakan. Sebaliknya, Allah mahu kamu selalu bersama Tuhan, kerana disitulah sinar kebahagiaan yang hakiki tiada sengsara dalam jiwa. Dia pergi -- masih ramai yang setia disisi. Dan Allah akan gantikan yang jauh lebih elok lebih sempurna dari dia yang mungkin hanya elok di mata kita, tapi di mata Tuhan, siapa yang boleh hitung kira bagaimana dengan dirinya ? Usah kecewa lama - lama sebab kita juga layak dan berhak untuk kecapi bahagia bersama insan insan yang masih sudi setia bersama -- sampai hari ini. Lihatlah disisi kamu, siapa yang tak pernah penat berdoa untukmu tanpa jemu. Kalau bukan ibu bapamu, kalau bukan teman temanmu, kalau bukan sahabat-sahabatmu. Kadangkala; kita terlalu mengejar yang depan mata sehingga kita buta...

Serius dengan Tuhan

Ada orang setelah dia dapat menunaikan yang fardhu dan yang sunat secara lahir, Dapat pula meninggalkan maksiat secara lahir di dalam kehidupannya, Dia merasakan bahawa dia telah serius dengan Tuhan. Dia sebenarnya belum serius dengan Tuhan Penciptanya. Orang yang serius dengan Tuhan disertakan sekali sentiasa takut dengan-Nya. Hatinya sentiasa bergelombang dengan kebimbangan Setiap kali selepas mengerjakan ibadah. Hatinya rasa kesal kerana dirasakan ibadahnya tidak sempurna. Dia pun memohon ampun kepada Tuhan. Lebih-lebih lagi sekali-sekala terbuat dosa. Aduh, jiwanya sangat derita. Kerana terbuat dosa dia pun bersedekah Atau berkhidmat kepada ibu atau guru atau kawan-kawannya. Atau membaca Al Quran atau dia berzikir. Atau berselawat sekian-sekian banyaknya untuk ibu bapa atau gurunya. Jika amalan kebiasaannya tertinggal dia gelisah. Dia mesti bayar umpamanya menghadiahkan Fatihah Atau selawat dan lain-lain lagi kepada gurunya. Atau hari itu dia bersedekah atau berk...

Memilih atau dipilih.

Seandainya dunia ini kita boleh memilih apa yang kita nak, tu bermakna takde title Hamba dalam diri. Seandainya kita boleh memilih takdir Mestilah kita akan pilih yang penghujungnya penuh dengan indah tanpa sebarang liku dan masalah. Kita dipilih dalam kehidupan sendiri. Ada sebab mengapa kita dipilih. Ujian yang pelbagai,  variasi. Penghujungnya,solusinya kita yang pilih. Siapa kita pada sekarang menentukan siapa kita pada masa hadapan.