Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Sahabatku, Erdiena.

"Erdiena Syahirah baru kembali kerahmatullah pada jam 4.38 pagi ini" 4 Disember 2017; 6 pagi. Baru dapat berita tentang sahabat perjuangan, Erdiena Syahirah yang baru saja menghembuskan nafas terakhir. Hanya Allah yang tahu perasaannya bila dapat tahu tentang pemergiaannya. Allah lebih menyayangi Dina. Allah yang menyembuhkan. Allah jualah yang berhak mematikan. Ini bahagian dia, Bahagian yang orang kata "setiap kesusahan pasti ada kesenangan" "Ujian ada hikmah" Dan hikmahnya inshaa Allah syurga buatmu Dina. Dina dah bertarung dengan hebatnya. Menahan kesakitan yang bukan kepalang. diselang selikan dengan kalimahNya. Sungguh, jika aku berada di tempatnya. Mungkin aku kerap persoalkan kepada Tuhan. Adakah Tuhan membenciku setelah apa yang aku lalui. Erdiena, Sungguh engkau seorang yang positif. Sentiasa memberi kata kata semangat buat sahabat, jika ada masalah, diri takkan mudah mengalah. Seorang yang taat kepada ajaranNya. 2 minggu ...

Zaman sekarang

Lelaki Tidak Serius. "Awak, awak serius ke nak kahwin dengan saya?" "Kalau ada jodoh, ada la. Kalau tak de nak buat macam mana?" *** Akan ada lelaki yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan sekadar suka-suka dan mengisi kesepian di hati. Tengok semua kawan-kawan dia ada makwe, dia pun nak ada sama. Dah tiga tahun bercinta pun masih tak serius lagi menuju ke alam rumah tangga. Lebih teruk lagi boleh cakap "ada jodoh, kahwin la kita." Perempuan dah sayang kat kau, kau boleh pula cakap kalau ada jodoh ada la. Dah tiga tahun bercinta, kau bagi harapan kat dia, kau ajak dia keluar dating boleh lagi cakap macam tu? Kaum perempuan ni, malas nak start balik. Dia setia je dengan kau, tapi kau buat tak kisah pulak. Kalau kau tak ada niat nak kahwin dengan dia tak payah la nak beri harapan atau ajak dia bercinta dulu. Simple. Dah bercinta lama-lama bila dah rasa boring, mula la nak min...