"ahhh, aku rasa dunia ni tak adil lah!" "Aku rimas la dengan hidup aku, kenapa lah Tuhan uji aku macam ni, ada saja yang tak kena!" "Tuhan mesti dah tak sayang aku kan, aku ni asyik ditimpa bala je, apa salah aku Tuhan? Solat semua dah cukup, apa lagi yang Engkau mahu?" Nauzubillah min zalik. moga dijauhkan dari sifat sebegitu. Jika hampir berbuat atau melafazkan kata-kata sedemikian, rawat-rawatlah dengan taubat nasuha.. "eh, Taubat je kan untuk orang yang buat dosa besar je kan? alaa relaxlah. setakat ni aku takde buat dosa besar lagi pun. nanti2 la aku taubat!" eh. faham tak istilah taubat? jangan tahu buat je. Taubat ni, bila kita bersalah dekat Tuhan, kita kena minta ampun dekat Dia. tak kiralah dosa kecil ke besar ke ape. Dosa kecil, memang kita anggap kecil, tapi bila dah sebati dalam diri, dah tak mempedulikan, asyik duk pikir oh dosa kecik je ni, lama-kelamaan dia menggunung. jadilah dosa besar. That's ...