Skip to main content

Sec chance

Pada saya second chance itu sebenarnya bagus untuk kita kenang balik segala kenangan dan baiki semula.
Tapi tak semua orang layak untuk second chance. Sebab ada orang, dia akan buat semula perangainya dan "tak belajar" daripada kesilapan dulu.
Apa yang awak perlu buat adalah tanya diri awak, "Tak serik ke dilakukan macamni?" dan tanya lagi, "Dia suka hati datang, suka hati pergi, sampai bila?"
Kita ni manusia, kita dilahirkan dengan perangai serik. Ya, tak salah mencuba lagi dan lagi tapi be realistik. Dia dah buang kita tanpa rasa kasihan dan selepas sudah diberi peluang, masih lakukan hal sama, itu tandanya kita ini bukan siapa-siapa dia hati dia.
Sudah-sudahlah dibuat bagai barang. Dipeluk bila rindu, dicampak ketika tidak diperlu.


Comments

Popular posts from this blog

Moga menjadi kesedihan yang terakhir.

Relung hati lagi kesepian Hitamnya langit di kala malam Terimbau kenangan silam Bikin jiwa meronta kesedihan Kesedihan yang menikam-nikam Memberi pedih hingga ke dasar hati yang terdalam Terhenyak duduk dalam ruangan kesepian Menangisi kenangan yang kian hilang dari ingatan Ingatan yang menzahirkan rindu Sukma sakit dengan bayangan lalu Tiada siapa bisa mengerti apa yang berlaku Biarlah hanya Tuhan yang tahu Tahu Tuhan itu tidak terbatas Tapi mengapa masih rasa manusia lebih pantas Mengetahui setiap inci ceritera kehidupan Berbanding Tuhan yang mencorakkan Mencorakkan secangkir kenangan Yang membahagiakan jiwa Kala malam keseorangan Terbuai dengan segala rasa Rasa yang terpendam Hendak dibiar mati; pilu Hendak dibiar memekar; sayu Lalu dipilih diri Membuang rasa dari lubuk hati Menjadi sekujur jasad tanpa rasa Yang mewarna. M a l a m #KalamSiPemuisi

Dengki

Manusia. Bukannya perfect pun. Ade salahnya gak. Aku tak paham betul la kenape sanggup ade orang dengki, cakap benda yang bukan aku buat. Aku bukannya ade hati pun dekat sape sape sekarang ni. Sebab aku dah penat, penat orang main main, penat kena tinggal, penat berharap. maybe Allah nak aku tak tinggalkan cinta Dia. Kadang aku pun lalai . Yang lepas biarlah yang lepas hani Mulut manusia kita tak boleh diamkan. Nanti dia diam sendiri. Jujurla aku cakap aku cepat nak habis belajar. Dan teruskan ape family dah tetapkan. Moga itu yang terbaik. Goodluck hani.(pujuk diri)

Tunggu siapa?

TUNGGU SIAPA? Sekejam-kejam kelakuan adalah dengan menyuruh seseorang yang menyukai kau, untuk menunggu kau dan akhirnya selepas dia penat menunggu kau, kau kahwin dengan orang lain. Ya, kita memang harus pilih yang terbaik buat kita tapi apa yang kau buat itu telah memberikan impak dan merosakkan impian indah seseorang. Yang kau tidak tahu, menunggu itu sakit dan ianya menyeksa. Dia (menunggu) akan buat kau mengharap walau hati kau sudah beribu kali kata, “Dia takkan tunaikan, tolong jangan jadi dungu.” Buat penyuruh tunggu : Jangan berjanji ketika sedang bahagia. Janji itu melahirkan harapan dan harapan itu jika tidak tertunai, ianya membunuh jiwa Buat yang disuruh tunggu : Selagi dia belum jadi yang halal, jangan mengharap. Jika dia serius, dia pantaskan. Jika dia sekadar main-main, dia lewat-lewatkan. Jik a tiada jodoh, Tuhan persulitkan. Belajar terima takdir Tuhan. -TFI